Wednesday 3 September 2014

Keluar dari kepompong. Jalan ini pahit. Natijahnya berganda ganda manis.

Assalamualaikum.

Nurul yakin yang semua blogger bila dia lalui life dia, dia dah terdetik nak share kat blog. Dia dah rancang kemas nak framekan memori memori dia. Cuma tulah kadang masa tak izinkan kita. Dan dari sudut positifnya mungkin entry kita tu allah nak hold dulu.

So sebelum nurul nak fly to egypt ni. Banyak benda dah nurul fikir. Banyak weh. Nurul kawan dengan semua orang. Kaki masjid kaki kuliah kaki usrah kaki clubbing kaki rokok kaki sosial hm banyak. Bukan nak mention nurul ni power of relation tapi nak highlight yang nurul dah dengar macam macam pendapat plus pandangan derang ni terhadap kita yang pilih jalan dakwah ni.

Beb, nurul tak sempurna langsung nak cakap pasal ni. Cuma nurul seolah olah dipanggil untuk taip benda alah ni. 

Jangan pandang manusia biasa biasa sebab setiap orang tu luar biasa sebenarnya :

kau nampak dia alim kaki syurga tapi dia (maaf, nurul tak berani sebut)
kau nampak dia kaki neraka tapi malam dia tahajud siang dia berdhuha.

banyak mulut dah cakap. yelah sebab mulut manusia ni kita bukan boleh tahan tahan nak tapis. 

"dia tu tudung labuh tapi malam bergayut"
"dia tu niqabis, tapi selfie memanjang"
"dia kopiah tak tinggal, tapi kuat smoke"
"dia tu hafiz/hafizah, tapi perangai"
"dia kuat tazkirah. tapi solat tinggal"
"dia tu pemimpin, tapi attitude"
"dia tu belajar mesir/jordan/morocco, tapi soalan kacang pun takleh jawab"

maaaaaf andai ada yang terasa. ini contoh semata. tapi jujur dari hati yang paling dalam, nilah yang dunia kita duk kata. Sibuk cari salah orang. Aib orang jelas dia nampak tapi aib diri :(

Pengalaman mematangkan kite.
Nurul pernah bertudung labuh. Jalan ni berat beb. Sebab semua mata pandang. Kau gelak jelah kuat sikit je orang dah pandai serong kat kau. Sebab kau bawak imej agama. Agama yang orang pandang syumul. Yang semuanya perfect.

Jujur sedih. Sampai sekarang nurul belum boleh istiqamah. Dah alang alang baca ni doakanlah nurul istiqamah ye.

Lagi sedih, bila kaki kaki yang tak berapa kenal agama ni nampak kite yang bawak agama syumul ni macam endah tak endah. 

Senior nurul(boy) perangai tak berapa manis. Tapi dia cukup pantang hero malaya geng ustaz menipu anak gadis. ye, sometimes kite nampak dia macam takde masa depan tapi sifat tanggungjawab dia respect dia pada wanita sangat tinggi.

Tegasnya, nurul bukan nak blame sesiapa nak backing sesiapa. Cuma nurul nak cakap jalan dakwah ni berat. Semua orang kat bumi ni memang khalifah hamba dan daie. Yang nak taknak kite memang kene dakwah kat orang. 

Memang jalan syurga tu pahit. Jalan sikit bila dah seronok tu timbul pulak riak takabbur :( ade saje tuhan nak uji. Balik ke pangkal jalan semula. Tajdid niat Tajdid diri bukan IM Najdi ><

sebab lagi dekat langkah kau dengan tuhan, lagi besar ujian kau. tapi ingat, once kau dah ade kat stage yang stabil datanglah ujian hebat mana pun, kau kuat.

Nurul tahu besar harapan ibu abah. Nurul harap nurul berjaya. Apesal leleh ni ya allah.

Last but not least,
jangan sampai silap kita mendatangkan fitnah pada agama :(

Jom sama sama.
Baiki diri.

Maaf andai terasa. Entry ni nurul tak aim sesiapa pun. Merdeka. 



Saturday 14 June 2014

Kak Felixia

banyak benda nurul nak share sebenarnya. tahu takde readers pun *humble*. tapi usaha jugak korban masa untuk blog. tapi ni seriously talk, lately nurul busy sampai mula datang sakit sakit ringan. takpe, nurul anggap tu kifarah dosa lalu.

umpama tuang air dalam gelas. setiap hari kita buat dosa. dan adakala gelas tu bocor sikit sebab nak kurangkan air yang semakin penuh. same as us. allah kurangkan dosa dengan sakit. jadi bersyukurlah bila sakit. nikmati sakit tu :')

macam nurul cakap tadi. banyak post yang draft dalam kepala ni. travel ke singapore pun tak sempat nak publish lagi. in sya allah coming soon okay :)

felixia yeop. nurul takdelah kamcing sangat pasal sejarah dia ni. dengar gosip sikit sikit je sebelum ni. dengar dan diam. that's all.

tapi semalam masa lunch break kan lame sebab hero hero pergi masjid solat jumaat. nurul dengan geng kursus bahasa pun pergi pwtc for kuala lumpur international hijab fair

masuk je pintu pwtc member tegur "eh tu asyraf muslim kan ?"

ape lagi nurul paling terus

bukan ape sebab dulu kecik kecik minat gila dia. setiap hari jumaat malam tu nurul mesti dah terpacak depan tv tengok dia berlakon jadi hero. ibu lah orang paling faham nurul time tu sebab ibu teman nurul tengok asyraf muslim haha

ade suara "jom jom amek gambar dengan dia"

aduh time tu jugak hati nurul macam kene tampar dengan tuhan.
"aku pakai tudung labuh kut, malu lah nak bergambar dengan dia"

pastu kitorang semua bla dari situ.


pastu tengah usha usha kat booth falah abiyana tu terjumpa pulak kak felixia. She is soo cool beb. dia dah macam baby doll. sorang sorang berdiri sebelah dia nak amek gambar,and she likes yeah okay next next. senyum tak penah lekang. semua dia layan baik.

pastu nurul terus deal dengan sorang akak ni untuk amekkan gamba weolls. first picture tu nurul macam peace biasa je. second tu tetibe je tangan nurul pegang pinggang dia. I was like kaaak islam tu perfect. jomlah join us. 

balik dari hijab fair tu nurul terus study pasal history kak felixia ni. beb, nilah nama dia hidayah tu milik allah. kalau dulu kau jahil macam firaun buat benda allah murka macam minum arak ke zina ke mencuri ke anything lah kan. but once allah kata dia nak bagi kau hidayah, kun fayakun. nothing is impossible pasal kuasa tuhan ni.

and banyak jugak comment2 tak membangun dari masyarakat. macam dia kata felixia ni mainkan islam. pakai tudung but still in sexy clothes. macam macam beb. tak larat nak bace semua.

nurul buat entry ni lepas nurul study. sebab takut nak sampaikan benda yang bukan bukan. just in my side, that's a good thing. berhijab sebelum peluk islam. dia boleh praktis nak istiqamah dalam tempoh tu. ingat senang ke nak berubah ? dia perlu selesa dalam aspek pemakaian dan batas pergaulan. ye pada nurul, bila dia dah berhijab mesti allah lembutkan hati dia nak terima islam dan allah mudahkan jalannya. sebab janji allah tu pasti. kau letaklah kepercayaan 100% kat allah. Dia tak pernah mengecewakan.

so, based on her. kak felixia nak peluk islam ramadhan ni. yeolss tolong doakan ye, adelah saham akhirat kita sikit kan.

kalau nak tengok gambar nurul, membe dengan kak felixia, visit my insta. kaum hawa dialu-alukan :)


Saturday 7 June 2014

banyak hikmah rupanya.

Assalamualaikum.

Minggu ni rasa cepat sangat berlumba. tup tap harini dah sabtu. nurul masuk kerja harini. harini tak banyak kelas pun. Jadi nurul plan nak siapkan kerja kerja nurul.

Harini bufday abah nurul :')

awal pagi lagi nurul dah wish dia cium cium. sebab dialah hero nurul. abah tanya harini kerja sampai pukul berapa. nurul jawab enam bah. 

pastu nurul dah duduk depan komputer nak buat kerja. nurul terpikir. harini hari jadi abah, nurul dari pagi sampai petang kat tempat kerja. kesian abah. 

rupanya

alhamdulillah praise to be god

dalam seminggu ni allah dekatkan nurul dengan orang orang yang cukup baik. orang orang yang datang kat nurul bagi semangat. orang orang yang support nurul pergilah belajar. carilah ilmu. sebab orang yang berilmu takkan pernah rugi.

pagi tadi ustaz fairuz ajar nurul berbahasa arab melalui nasyid. dia tunjukkan video video dari jordan pasal bahasa. dia nampak nurul seronok dia bagi lagi. cukup 4 dia bagi, nurul mintak lagi. dia cakap belajar yang tu dulu. dia tak pernah kedekut ilmu. walau nurul tahu dia orang hebat. dia salah seorang yg masuk meeting nak buat exam paper stam 2014 ni. syukur alhamdulillah, nurul dapat ilmu baru dari dia :')

tengah sibuk siapkan kerja. sementara cikguu hasmeer tunggu student kimia dia sampai.

dia datang sembang belanje milo ais sekali

bermula dari cerita mesir. sampai lah dia open cerita pasal student kimia dia. Emy (bukan nama sebenar), mak ayah dia doktor. mak dah bukak klinik. ayah doktor kat hospital swasta. dia memang budak A+. cikgu buat home tuition. rumah dia rumah arca gila gedabak besar dia. complete. swimming pool pun ade. 

budaknya pemalu sangat. cikgu sampai ambil masa sebulan untuk bagi dia bercakap. 

cikgu tanya

"emy, emy tak balik kampung ke ?"

" tak *malu malu dia jawab* "

"kenapa"

"mak dengan ayah sibuk"

cikgu rendahkan suara kat nurul. cikgu cakap
"tengok, mak ayah boleh bagi semua benda kat anak, tapi kasih sayang pada anak tu kurang"

alhamdulillah ditakdirkan Emy dpt straight A plus

dia bahagia sesangat. cikgu pun pesan kat Emy.

" Emy, kadang kadang kita nampak buah tu sedap. cantik. baik. elok. kita kupas kulit dia kita nampak elok lagi. rupanya bila kita dah potong sikit, dalam tu ada ulat"

"laa, kalau camtu tak boleh makan lah buah tu cikgu"

" Bukan tu maksud cikgu, emy. Maksud cikgu kadang kadang kita nampak seseorang tu baik sangat. Elok budi pekerti. Bila kita kenal dia sikit, dia still baik. rupanya dalam hati dia ada niat jahat. Emy hati hati ye. dah belajar kat memane pun nanti jaga diri "

Allah yang bagi ujian. Ujian suka duka. Dia berhak nak tarik suka duka tu bila bila masa. Tika ujian kita bahagia. bersyukurlah kerana itu hanya sementara. Tika ujian kita duka. bersyukurlah jua kerana itu sementara. termaktub pun yang dunia ni hanya sementara.

Pendek kata, bersyukurlah.
maka allah akan tambah nikmat bagimu 

betul cakap awak. allah uji kita melalui hamba. mana mungkin kita dapat pahala sabar andai tidak disakiti oleh orang lain.

hikmah dia random. kalau awak baca awak dapat point dia.
maknanya tu peringatan dari allah. nurul cuma wasilah.

Jom balik jumpa abah :)

Tuesday 27 May 2014

Hahahahaha

curik masa tidur 15 minit kejap nak update blog. sebab pikir nanti dah kahwin nak duk sebelah encik hubby sambil bukak lappy sambil bace post post lame. nak rewind moment moment masa bujang terangtangtangtang hahaha

dalam tempoh sebulan ni nurul ade kursus. pantang bila nurul cakap kursus semua membe termasuk pakcik makcik assume gi kursus kahwin. tak ajak. pastu muncung sedepa. duhai sayang, jiwa muda ni masih dahagakan ilmu. kahwin tu allah dah tetapkan. takyah pikir. buat beban medulla oblongata je hahaha

kursus tu kat tengah bandar metropolitan kayyell tahu. pukul 8 wannisf kelas dah start. selalu 7 wannisf nurul dah gerak tapi pagi tadi gila taiko gerak pukul 8 kesukuan. dalam perjalanan tu nurul dah pikir ape nurul nak speaking arab jakgi nak cakap dgn ustaz yg nurul lambat. 

pastu masuk tu je terus cakap "asif, ana muta'akhir" terus ustaz tegur "aaasifahh" ok bai penat nurul fikir nak cakap sayyarah kathir jiddan bagai tu je yg akhirnya keluar dari mulut nurul. tulah tuhan dah pesan, kita merancang tuhan merancang jugak. percayalah, perancangan tuhan tu jauh lagi hebat.

alhamdulillah kelas dari pagi sampai petang tu nurul tak pernah ngantuk lagi. even balik kelas petang tu nurul terus siap gi kerja. balik kerja jam 11 malam tu baru terkocoh kocoh nak buat assignment online. hah ni bukan sebab nurul makan herbalife nurul jadi tak ngantuk. ni sebab nurul makan makanan sunnah. ok bai takyah gebang haha tapi if you are serious nak tahu ape rahsia nurul, pm me ok ? 

Eh takyah pm lah, takut tak sempat balas. nanti korang hampa haha rahsia dia buah delima je. sebab dalam quran pun ade cerita pasal buah delima. ibu yang paksa nurul makan memula tu. nurul dahlah tak suka mkn makanan yg nurul tak pernah makan. tapi sebab ibu suruh kan. takkan nak hampakan ibu.

lepas ibu cakap buah delima tu boleh jadi kurus nurul terus tarik lappy cari fakta fakta pasal buah delima ni. ok banyak gila benefit. punya khusyuk nurul bace smpi habis rupanya kat bawah sekali tu dia nak promote jus delima dia jual. haihlaa mak jemah hahaha

member nurul ramai pesan kat nurul. berhentilah kerja. kau mesti penat kan beb. siang belajar. malam kerja. hati nurul kecik pun monolog "aku memng nak berhenti, tapi aku tak sampai hati nak susahkan orang"

ibu abah tak pernah paksa nurul kerja ke berhenti kerja ke. cuma dia kata, dia taknak halang ape yg anak dia nak buat utk kebaikan. If you think you can carry on, just go. If not, come back. I don't want to force you. That's it.

nurul yang pilih jalan ni. jadi penat cane pun nurul jangan sesekali mengeluh. sebab if I do that habislah pahala semua terbang pergi syurga balik haha just do pray for me. keep strong. keep smile. keep laugh. keep cute hahahahahahahahaha

time's up.

cukup 15 minit.

Night.


Friday 23 May 2014

Interview di UM

lepas subuh nurul sambung tidur. ntah ape yang penat sangat masa majlis semalam tu bajet bajet tak cukup rest. pastu ibu kejut tanya nak pergi iv Um tak. nurul ckp lah sijil semua tak prepare lagi. pastu nampak macam muka ibu sedih kan nurul terus bangun siap nak gi iv hahaha

Iv dia start 8 setengah. pukul 8 tu nurul baru sampai ofis abah nak print surat offer tu haha tak menggila punya kerja. nampak sangat effort nurul kan haha

UM gedabak gila besar. punya lah seronok ade kolam renang, squash hall haih nak sebut satu satu semput. pastu teruja gila pusing UM tengok student student dia workout.

nurul sampai dah lambat tau tapi buat muka tak bersalah gila haha. first, masuk balai ilmu tu gi daftar. then dapat sticker name pastu dia arah duduk by group. masa tu dia suh nurul duduk sebelah boy ni. aduh gigil jugak aku. 

kejap je saat tu berlalu boy tu dah mula taaruf dengan nurul. dia ketua umum jeram kut eh ketua aspura samten pun not bad kan hahaha

pastu kitorang sesembang pasal education ambition memacam lagi lah. then dia kenalkan nurul dengan kawan dia. kawan dia best student jeram. hensem. kira semua yg dpt panggilan iv tu semua pakej hebat hebat. best student jeram tu kan nama dia amirul. nurul selutt tabik hormat lah kat dia.

sebab masa dia dah sudah iv tu dia citer kat nurul cane prosedur kan. nurul pun tanya lah semua benda nurul curios. dia cakap lah kat dalam nanti kene ckp 3 bahasa. melayu. english. arab. okay cun. si amirul ni amek astronomi islam. course pun bunyi dah tough haha dia cerita yang prof tu tanya dlm bhsa arab 

"awak penah tengok movie ape yg fiction ?"

dia gi jawab harry potter. aduh nurul dah wowww *dia ni sembng ape pasal harry potter dlm bhsa arab* haha pastu terus nama nurul kena panggil. and he wish me luck :)

so sesiapa nak gi iv UM 27 mei ni take note. nurul nak mula citer haha

nurul masuk tu ade 2 prof. sorang datin dia cakap arab. sorang prof dia speaking london. first of all semua cakap jawa. sembang sembang biasa based on course ape yg kita mintak. macam nurul mintak dakwah dan pembangunan insan. dia tanya pasal dakwah lah. since bila nurul addicted nak berdakwah. siapa idola nurul. kenapa dia ? kenapa pilih course tu di UM ?

sebaik tau sebelum tu nurul ade buat research sikit pasal UM. boleh le jugak nurul kembangkan UM haha

datin tu cakap nak berdakwah ni kene kuasai banyak bahasa. can we test your languange ? hahh amek kau haha nurul jawab sure sure eceh kemain hahaha

datin tu suruh introduce dlm bhsa arab. so simple jelah kan. pastu adelah dia tanya sesikit pasal sekolah dlm bhsa arab. dah habis sesi tu dia pas kat prof. prof pun suruh introduce dlm bhsa inggeris. nurul jawab dengan gaya ditangan macam nak bersyarah ><

dah habis introduce dia bagi situasi kat nurul. nurul sebagai daie ape tindakan nurul if someone ni cenggini cenggini. what if nnurul sebilik dengan india cina, cane nurul nak spread dakwah kat derang ni ? what if ade golongan tak percaya tuhan ni, cane nurul nak yakinkan dia tuhan tu ade. sebaik jugak nurul rajin baca status fb. adelah hujah nurul nak elaborate tu kan haha

dah habis tu dia kata dia doakan nurul berjaya jadi motivater. alhamdulillah ameen :)

pastu member yg nurul baru kenal tu nama dia tasnim. dia request sejarah islam. pastu prof tu tanya dlm bhsa arab pasal bani umaiyah abbasiyah semua. haha dia ckp dgn nurul mula dia yakin lah bagi cth sejarah islam, memacam dia sebut. pastu bile prof mintak detail. dah goyang. pada nurul takpe, selagi kau tahu ilmu tu kau cakap. kalau dia tak tanya detail rezeki kau lah kan haha 

tapi ni advise nurul jugak. do some research about your course. because masa nurul cakap "ramai je scientist yang bila derang buat experiment derang nampak kebesaran tuhan then derang masuk islam" tu Dr firdaus yg bgthu nurul. terus prof mencelah, antaranya siapa ? nampak tak dia nak uji kita dengan current issue haha

tu jelah sikit gambaran dari nurul. harap bermanfaat.

bittaufiq wannajah ummu jannah :)


Wednesday 14 May 2014

mimpi.

semua orang bercinta. mengharapkan sesuatu dalam percintaan. bawa hingga masa depan. mudah mudahan ada kebaikan.

cuma cara kita bercinta tu yang berbeza.

Entah. lepas aku dapat mimpi tu. aku merasakan cinta tu tak perlu. sebab yang mati itu lebih pasti. 

teringat arwah ahmad ammar.
dalam usia muda. siapa sangka dia pergi dulu menemui ilahi. pergi nya dia membuatkan aku lebih sedar. bahawa mati itu lebih pasti.

datangnya mimpi tu buat aku terjaga. dan ustaz tu mentafsirkan mimpi tu umpama allah nak angkat darjat kita. andai itu benar, maka mudahkanlah ia.

mimpi tu bukan sekali cuma. 

berulang ulang kalinya dia datang menyinggah. dan tiap kali lepas mimpi tu aku cuba bangkit. tapi lemah. jasadku lemah sebab roh ku telah pergi jauh dlm mimpi tu.

bangkitlah.

mati itu lebih pasti.

sedih. selama 19 tahun hidup. mana jasa aku pada ummah. mana pengorbanan aku untuk islam. 

nangis.


Thursday 8 May 2014

Move on.

salam berkasih sayang

lama menyepi tak bermakna aku pencen dari menulis cuma aku sibuk. ye terlalu sibuk dengan ujian Dia sampai kadang terlupa nak share benda benda benefit.

*kau ingat benefit sangat ke benda yang kau type ni nurul*

kenapa ntah kan status facebook wechat aku semua macam sedih sedih kan. sebab jiwa aku lembut. jiwa perempuan tu halus. mudah sangat terusik. Jep sepahtu buat lawak atas stage perli seorang awek pun aku terasa. haha padahal sikit pun tak mengait dengan aku.

aku selalu keep this "stay strong nurul, He wants to put you on the better place"
selalu. selalu sangat aku remind benda ni. bila dah nak leleh aku cakap lagi ulang ulang.

kenape ntah selama aku hidup aku rasa ujian ni terlalu berat bagi aku

pastu aku curios gilaa kuut apa hikmah dia

papp terus istighfar

kau jangan lari dari agama nurul. allah tak tunjuk hikmah sekarang. mungkin 5 ke 10 tahun akan datang. sabar. jakgi allah tunjuk jugak.

dari bulan mac lagi aku nak benti kerja. tapi allah still biarkan aku kat dalam tuition ni berkhidmat sehabis baik. dah bulan 5 ni baru aku sedar hikmah allah biarkan lagi aku kat sini. aku nak stop sampai bulan ni je. tapi bos pujuk mintak stay. untung jugak aku kat sini ade member ade budak nak gelak dengan aku mase aku rasa hebatnya ujian Allah ni.

aku selagi boleh taknak orang tahu aku ade masalah
selagi boleh aku senyum
selagi boleh buat lawak
selagi boleh bagi manfaat
cuba selagi boleh

kat tuition ni aku belajar banyak benda
orang hebat hebat aku buat member

sir firdaus - usia semuda dia dah amek phD kat UPM. kata kata dia tak pernah menyakitkan tapi cukup memberi kesan dalam akal untuk fikir secara deep. serious talk, dia pnye motivation sangat tinggi.

cikgu edrin - amek saikologi kat upm. dia dah macam member dah datang datang cuit aku. even dah ade anak, she looks very young. kebetulan nama anak dia ayuni jugak. suami dia cina dan hensem haha dia sangat positive. belajar saikologi ni best, banyak benda kita belajar pasal kebesaran tuhan. cikgu cakap nanti dia ade kene buat task and dia interest nak ajak aku joinn. waah takkan nak tolak pengalaman baru kan.

cikgu asymirul - cikgu ni dari first aku masuk kerja dia dah buat gosip aku awek dia. ok tapi sekarang dia dah benti. ade kat limbang tu dapat posting ke sane, dapat sekolah agama kut haha pastu cakap nasib baik dia tak terbakar. cikgu ni belajar kat UK. dia banyak bagi aku info pasal current issue. pasal belajar kat negara orang ni cane. pasal kereta satria neo lah padahal dia pakai nissan haha dia banyak pengalaman banyaklah cerita dia kan.

cikgu syazwani - cikgu ni dulu kerja kat british council sekarang buat praktikal. mengajar ni part time dia lah. dia ni banyak kaunseling aku pasal study. dah lama tau tak jumpa dia sebab dia selalu busy pastu semalam dia datang datang terus peluk aku "ayuniii rindunyaa" haha siapa tak terkejut orang dtg terus peluk. cikgu ni sangat attractive kut. paling aku tabik dia beli satria neo cash. pastu dia didik aku suruh buat simpanan kat tmpt yg dia buat tu.

banyak lagi cerita pasal cikgu cikgu ni. habis takkan aku nak cerita semua dalam satu entry ni kan haha just aku nak mention aku rasa beruntung jumpa dengan orang orang hebat. aku belajar dari pengalaman pengalaman yang diorang cerita. aku amek iktibar dari cerita cerita jahiliyah. so pasni aku kene lagi gian lah menaip sebab nak share dengan korang yg sudi membaca ni hahaha *gelak sorang*

sampai sini dulu lah. kang semput pulak korang nak bace pepanjang kan haha. 

thank you guys :)

last but not least
aku is aku
engkau is engkau