Saturday, 7 June 2014

banyak hikmah rupanya.

Assalamualaikum.

Minggu ni rasa cepat sangat berlumba. tup tap harini dah sabtu. nurul masuk kerja harini. harini tak banyak kelas pun. Jadi nurul plan nak siapkan kerja kerja nurul.

Harini bufday abah nurul :')

awal pagi lagi nurul dah wish dia cium cium. sebab dialah hero nurul. abah tanya harini kerja sampai pukul berapa. nurul jawab enam bah. 

pastu nurul dah duduk depan komputer nak buat kerja. nurul terpikir. harini hari jadi abah, nurul dari pagi sampai petang kat tempat kerja. kesian abah. 

rupanya

alhamdulillah praise to be god

dalam seminggu ni allah dekatkan nurul dengan orang orang yang cukup baik. orang orang yang datang kat nurul bagi semangat. orang orang yang support nurul pergilah belajar. carilah ilmu. sebab orang yang berilmu takkan pernah rugi.

pagi tadi ustaz fairuz ajar nurul berbahasa arab melalui nasyid. dia tunjukkan video video dari jordan pasal bahasa. dia nampak nurul seronok dia bagi lagi. cukup 4 dia bagi, nurul mintak lagi. dia cakap belajar yang tu dulu. dia tak pernah kedekut ilmu. walau nurul tahu dia orang hebat. dia salah seorang yg masuk meeting nak buat exam paper stam 2014 ni. syukur alhamdulillah, nurul dapat ilmu baru dari dia :')

tengah sibuk siapkan kerja. sementara cikguu hasmeer tunggu student kimia dia sampai.

dia datang sembang belanje milo ais sekali

bermula dari cerita mesir. sampai lah dia open cerita pasal student kimia dia. Emy (bukan nama sebenar), mak ayah dia doktor. mak dah bukak klinik. ayah doktor kat hospital swasta. dia memang budak A+. cikgu buat home tuition. rumah dia rumah arca gila gedabak besar dia. complete. swimming pool pun ade. 

budaknya pemalu sangat. cikgu sampai ambil masa sebulan untuk bagi dia bercakap. 

cikgu tanya

"emy, emy tak balik kampung ke ?"

" tak *malu malu dia jawab* "

"kenapa"

"mak dengan ayah sibuk"

cikgu rendahkan suara kat nurul. cikgu cakap
"tengok, mak ayah boleh bagi semua benda kat anak, tapi kasih sayang pada anak tu kurang"

alhamdulillah ditakdirkan Emy dpt straight A plus

dia bahagia sesangat. cikgu pun pesan kat Emy.

" Emy, kadang kadang kita nampak buah tu sedap. cantik. baik. elok. kita kupas kulit dia kita nampak elok lagi. rupanya bila kita dah potong sikit, dalam tu ada ulat"

"laa, kalau camtu tak boleh makan lah buah tu cikgu"

" Bukan tu maksud cikgu, emy. Maksud cikgu kadang kadang kita nampak seseorang tu baik sangat. Elok budi pekerti. Bila kita kenal dia sikit, dia still baik. rupanya dalam hati dia ada niat jahat. Emy hati hati ye. dah belajar kat memane pun nanti jaga diri "

Allah yang bagi ujian. Ujian suka duka. Dia berhak nak tarik suka duka tu bila bila masa. Tika ujian kita bahagia. bersyukurlah kerana itu hanya sementara. Tika ujian kita duka. bersyukurlah jua kerana itu sementara. termaktub pun yang dunia ni hanya sementara.

Pendek kata, bersyukurlah.
maka allah akan tambah nikmat bagimu 

betul cakap awak. allah uji kita melalui hamba. mana mungkin kita dapat pahala sabar andai tidak disakiti oleh orang lain.

hikmah dia random. kalau awak baca awak dapat point dia.
maknanya tu peringatan dari allah. nurul cuma wasilah.

Jom balik jumpa abah :)

No comments:

Post a Comment