Saturday, 14 June 2014

Kak Felixia

banyak benda nurul nak share sebenarnya. tahu takde readers pun *humble*. tapi usaha jugak korban masa untuk blog. tapi ni seriously talk, lately nurul busy sampai mula datang sakit sakit ringan. takpe, nurul anggap tu kifarah dosa lalu.

umpama tuang air dalam gelas. setiap hari kita buat dosa. dan adakala gelas tu bocor sikit sebab nak kurangkan air yang semakin penuh. same as us. allah kurangkan dosa dengan sakit. jadi bersyukurlah bila sakit. nikmati sakit tu :')

macam nurul cakap tadi. banyak post yang draft dalam kepala ni. travel ke singapore pun tak sempat nak publish lagi. in sya allah coming soon okay :)

felixia yeop. nurul takdelah kamcing sangat pasal sejarah dia ni. dengar gosip sikit sikit je sebelum ni. dengar dan diam. that's all.

tapi semalam masa lunch break kan lame sebab hero hero pergi masjid solat jumaat. nurul dengan geng kursus bahasa pun pergi pwtc for kuala lumpur international hijab fair

masuk je pintu pwtc member tegur "eh tu asyraf muslim kan ?"

ape lagi nurul paling terus

bukan ape sebab dulu kecik kecik minat gila dia. setiap hari jumaat malam tu nurul mesti dah terpacak depan tv tengok dia berlakon jadi hero. ibu lah orang paling faham nurul time tu sebab ibu teman nurul tengok asyraf muslim haha

ade suara "jom jom amek gambar dengan dia"

aduh time tu jugak hati nurul macam kene tampar dengan tuhan.
"aku pakai tudung labuh kut, malu lah nak bergambar dengan dia"

pastu kitorang semua bla dari situ.


pastu tengah usha usha kat booth falah abiyana tu terjumpa pulak kak felixia. She is soo cool beb. dia dah macam baby doll. sorang sorang berdiri sebelah dia nak amek gambar,and she likes yeah okay next next. senyum tak penah lekang. semua dia layan baik.

pastu nurul terus deal dengan sorang akak ni untuk amekkan gamba weolls. first picture tu nurul macam peace biasa je. second tu tetibe je tangan nurul pegang pinggang dia. I was like kaaak islam tu perfect. jomlah join us. 

balik dari hijab fair tu nurul terus study pasal history kak felixia ni. beb, nilah nama dia hidayah tu milik allah. kalau dulu kau jahil macam firaun buat benda allah murka macam minum arak ke zina ke mencuri ke anything lah kan. but once allah kata dia nak bagi kau hidayah, kun fayakun. nothing is impossible pasal kuasa tuhan ni.

and banyak jugak comment2 tak membangun dari masyarakat. macam dia kata felixia ni mainkan islam. pakai tudung but still in sexy clothes. macam macam beb. tak larat nak bace semua.

nurul buat entry ni lepas nurul study. sebab takut nak sampaikan benda yang bukan bukan. just in my side, that's a good thing. berhijab sebelum peluk islam. dia boleh praktis nak istiqamah dalam tempoh tu. ingat senang ke nak berubah ? dia perlu selesa dalam aspek pemakaian dan batas pergaulan. ye pada nurul, bila dia dah berhijab mesti allah lembutkan hati dia nak terima islam dan allah mudahkan jalannya. sebab janji allah tu pasti. kau letaklah kepercayaan 100% kat allah. Dia tak pernah mengecewakan.

so, based on her. kak felixia nak peluk islam ramadhan ni. yeolss tolong doakan ye, adelah saham akhirat kita sikit kan.

kalau nak tengok gambar nurul, membe dengan kak felixia, visit my insta. kaum hawa dialu-alukan :)


1 comment:

  1. Bestnya dapat jumpa kak felexia ,,, semoga dia memilih agama islam sbg tiang agama

    ReplyDelete