Saturday 5 January 2013

* Nurul *

Hai assalamualaikum dan selamat pagi semua

pagi ni comel bukan ? Nurul dah sesiap dah nak balik rumah kat cheras. semangat bukan ? even sister belum mandi. busukkan dia ? haha Allah rindunya Nurul nak balik rumah nak jumpa katil meja solek bantal bear cermin almari dinding semuaa

you know what bederet woo Nurul jejalan. dari wedding kat johor balik balik pack barang gerak himpunan 1000 jiwa 1 hati pack barang lagi lepak bidor sampai lah today. that's why tak sabar nak balik rumah. tapi tapii rabu ni dah kene daftar untuk stam.

Nurul masih budak sekolah. yeayyy boleh pakai baju sekolah lagi. boleh buli junior junior. boleh sepahkan dorm. boleh duduk dalam kelas. boleh join amal islami hahaha


tudung ber-tone tuh cousin Nurul. nama dia ape ntah ellya farida kut. tapi Nurul panggil dia Aylle. kami budak espiem. doakan kami dpat keputusan yang terBAikk taw. masa UPSR dulu Nurul kalahkan dia. time PMR dia pecut Nurul balik. Emm bedebar lah SPM nii kaan.


em gambar Nurul tak nampak. padahal Nurul duduk betul betul belakang VIP tuh. hampa hati. heyyy tolonglah nampak. nurul pakai tudung cream sebelah Nurul ade Jannah pakai shawl hitam. emm nampak dah kan ?  yeayyyy walau hakikatnya tidak !

masa tengah queue nak daftar tuh Nurul dengan Jannah cerita cerita lah. Alahai standard lah lame tak jumpa en. bila dah jumpe mulalah nak meletopp semua kan haha tiba Nurul nampak hilyatul husna selang 2 ke 3 orang belakang kitorang en. Nurul cakap ahh dengan jannah tapi sayangnya jannah lupe nak pakai contact lens so dia pun tak sure.

and bila dah daftar tuh kitorang nak cari tempat duduk and belum sempat nak duduk ade kakak tuh datang dekat cakap camni "adik umur berape ? nak group dengan akak tak ? " haha Nurul pun jawab jeaa Naaak ! dah tuh Jannah mintak permission nak asar dulu enn.

dah sudah tuh kitorang ade lah sesi suai kenal sikit. dan hilyatul husna tuh satu group dengan kitorang ohh. and Jannah ter-Hyper pulak sampai nama dia naik jadi ketua hahaha. yang penting group kitorang funky centuh lah. kakak fesi kitorang cool giler. sampai berape kali ntah nak amek makanan selalu tersalah jalan kat tempat laki laki.

pastu group kitorang ni duk paling depan sekali. boleh zoom lah muke ayle iskandar. malam tuh pun duk tempat depan. baris ketiga mungkin. so seronok laahh dapat tengok imam muda najdi dekat dekat. nak mention imam muda najdi jea. sebab heliza tak dapat datang. 

dalam beribu orang dalam masjid shah alam tuh nape kau jugak yang tersermpak dengan aku yea. dua kali. barangkali jodoh namanya.


yeaayy dah habis wedding dah. ni wedding kat bidor.

baju yang pengantin perempuan pakai tuh kan baju dia tempah.. dia design sendiri.. dia tempah online pulak tuh. katanya harga sewa dengan beli terus lebih kurang, dah alang alang tuh baik beli terus. nanti boleh pakai banyak kali.

and actually belakang mereka tuh ade background pelamin centuh. bukan pelamin sangat pun dia just macam langsir biru putih. tapi sebaik sahaja pengantin naik stage dah duduk terus angin sambar and runtuh itu background.

sebenarnya wedding kat bidor ni just pengantin turun kete jalan jalan dengan pegawai pegawai polis then duk kat tempat makan and makan. pak long dengan maklong tanak ade persandingan bagai tuh. sebenarnya PA system pun paklong tak mintak and taknak. takde dalam planning pun. tapi pelaksana polis yang handle semua tuh. 

paklong kata dia nak yang paling simple. sebab kahwin kan ibadah. nak dapat berkat tak molek ade segala pembaziran. pasai tuh kami tak pakai catering and doorgift yang memahal tuh. malam sebelum kenduri ade tahlil kat surau. orang orang kampung dengan family turun padang masak macam macam.

okay teringat sewaktu rasulullah s.a.w. menikahi saidatina Aisyah r.a. 

Saidatina Aisyah r.a. tak taw pun dia telah dinikahi sehingga ibunya berpesan untuk tidak keluar rumah. barulah beliau menyedarinya. kat sini dia nak tunjukkan bahawa majlis pernikahan itu dibuat secara sederhaana.

so tenung tenungkanlah yea 
 
okay guyys Nurul gotta go now and Assalamualaikum :))

No comments:

Post a Comment