Saturday 12 January 2013

orientasi stam

hari pertama kami di samttar. setelah telinga pinjaman Allah telah kami gunakan untuk mendengar segala taklimat stam di dewan, kami bergerak masuk ke dalam kelas masing masing. pelantikan ketua kelas dijalankan. ( asal aku rasa macam skema haa )

hai :)

Nurul satu kelas dengan siti dengan izzah dengan husna. kami berempat dari samten. time ta'aruf tuh kene sebut nama dari sekolah mana dengan kenape tak kahwin tapi amek stam ? hahaha best kan third quest tuh. rasa macam nak jawab cepat cepat laju laju kan. k tipu sunat. then sesorang lah bangun cakap tiga perkara tuh.

sampailah turn Nurul kan. Nurul cakaplah saya amek stam sebab nak tuntut ilmu sementara tunggu result SPM keluar. dan ustaz qaedi tuh pun gelak kecik camni haa *hikhik* pastuh cakap habis kalau dah dapat best result chow lah dari sini ? Nurul pun senyum senyum "saya nak apply jordan , ustaz " ohh iyea jordan lepas pakai sijil SPM. ustaz akui itu.


:: dan hari kedua mulanya orientasi stam ::

orientasi ni sangat bagus and seronok. dia bukan kes buli membuli macam kita baru masuk alam sekolah menengah. tapi orientasi dia penuh dengan ilmu kefahaman dan kesejahteraan. kat orientasi tuh baru kita tahu kita faham apa itu stam. apa kepentingan dia. kemana kita dengan adanya stam. apa 10 subjek yang kita akan belajar nanti. ape prosedurnya. and the best one the attracting one is ilmu stam ni adalah ilmu seorang mujtahid.

ade laaah part sembang santai time orientasi tuh kan. tak perlu jemput orang jejauh. dia jemput ustaz dengan ustazah dari samttar tuh jea. 

ustaz tuh nama dia ustaz Firdaus Misnan. 
dia amek stam tahun 2004.
 dan berjaya dpat jayyid jiddan and sambung ke al-azhar.

ustazah tuh nama dia ustazah Nurhafizah Jamil.
 amek stam tahun 2003.
 berjaya dapat mumtaz. 
dan dia seorang sahaja yang dapat mumtaz pada tahun tuh.

masa sembang santai tuh adelah Nurul kedepan tanya soalan kat ustaz firdaus tentang sijil yang diambil di al-azhar. haa pasal tulah cepat femes kat sane. *blueeek*  bukan apa, azam baru. takde istilah malu tika tuntut ilmu kan kaaan. 

:: hari ketiga orientasi ::

ade part "limaza huna" oleh ustaz jamahari. part ni double triple best diaa. dia mula cerita pasal qasad niat dari hati. katanya niat datang dari hati dan sukar diluahkan. 

ada satu kisah ni. kawan ustaz ni best student time nak amek stam sesame dulu. dia selalu number one. dia lah yang terhebat. takde orang lah yang boleh speed tittle "best student" dia tuh. sampailah dia di mesir. kat sane ade imtihan qabul untuk tentukan samada kita terus ke tahap 3 atau ke tahap 2 mahupun 1. alhamdulillah dia dengan sahabat sahabat yg lain berjaya ke tahap 3 terus. tapi bile exam ade orang lain dapat best student. dia ni pun mulalah tak tentu arah hidup dia. sapai ke tahap gila.

inilah dia belajar kerana nak berlumba. bukan kerana Allah. sebab tuh lah pentingnya pasang niat dari dalam hati. dan hari hari kita kene betulkan niat. macam kita perbaharui wudhu' pada setiap waktu solat.


dan hasil orientasi tuh menyedarkan Nurul untuk teruskan perjuangan menghabiskan ilmu ilmu stam tuh. Nurul tak jadi nak buat kerja separuh jalan. Nurul berkoba koba nak belajar subjek subjek stam. nak belajar arudh qofiyah , adab nusus , addin wa ulum , mantiq banyaaaak lagii.

daaaann

Nurul sentap dan mula sedar kenape selama ni Nurul tak konsisten pakai tudung labuh tak konsisten tutup aurat dengan sempurna. rupanya ilmu yang selama Nurul belajar ni bukan datang dari hati. dan tidak sepenuh hati belajar keranaNya. sedih dikenangkan. selama 17 tahun hidup belajar tak pernah nak sungguh sungguh.
sebab itu ustaz cakap kalau setakat sijil SPM nak kahwin lupakan jelah hasrat tuh. didik diri cintakan Allah dan rasul terutamanya dan cintakan ilmu. tak perlu tergopoh gopoh nak menikah dan gunakan alasan "aku nak elak zina" sedangkan dia belum mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Hilal asyraf pesan fikirlah masa depan anak anak kita yang akan memegang dunia satu hari nanti. 

p/s = kalau ade pape nak tanya pasal stam , silalah :))

 

2 comments:

  1. Assalam...ada tak pelajar veteren di sekolah tu? means pelajar yang umurnya dah jauh meninggalkan umur SPM...

    ReplyDelete
  2. 1.bagi sesiapa yang xde basic arab tp nak amik stam, better pergi belajar arab dekat pondok mana2 dulu 1 tahun.

    2.amik stam di mana2 tempat yang ada stam..usaha dgn gigih cari tempat tuh.

    3.belajar stam 1 tahun. In shaa Allah semua sng..kalau niat ikhlas dan bersungguh-sungguh.

    4.in shaa Allah dpt keputusan stam dgn cemerlang dan dpt ke Mesir. Amiin. Seterusnya buat ijazah 3/4 tahun di sana. atau di malaysia :)

    kalau nak ws sy ni num ; 019 747-6929 (asyraf)

    ReplyDelete