Sunday 23 December 2012

Take Five Please

Macam mana nak bagi tau semua orang yang "dedah aurat tu haram"

Macam mana nak fahamkan semua orang "yang haram dedah aurat tu"

Macam mana nak bagi orang yang dedah aurat tuh supaya tak upload gambar kat FB

Dan macam mana nak bagi orang lain tak like gambar tu

Then share dekat member member

Aurat : Saham Dosa Paling Maju Dalam bursa saham Ke Neraka

Credit : Irfan Arif Mahpa


Nurul ni bukanlah sempurna sangat nak tarbiah orang. Tapi dalam masa kita mentarbiah diri moleklah kiranya kita mengajak member member kita untuk sama sama muhasabah. Terutama member member kita yang dekat dekat yang bila mana kita susah kita senang sama sama. 
Tak gitu ? 

cukur bulu kening ?

tumit kaki ?

wangian ?

tudung paras dada ?

menjarangkan gigi ?

muka dan tapak tangan ?

menunudukkan pandangan mata ?

suara yang lunak ?

dedahkan rambut ?

terkadang kita tak perasan yang kita tengah buat dosa kan

" rajinlah beramal dengan solat taubat. Kadang kadang kita buat dosa tanpa kita sedar. Solat taubat ialah permulaan jalan menuju hari akhirat ! Orang buat solat taubat allah sayang dia sangat sangat hehehe "

Credit Ummu Jannah Muhammad

perempuan nak masuk syurga takde sesusah lelaki. lagi lagi yang masih gadis. kita jaga diri jaga iman jaga hati jaga aurat jaga tanggunggjawab kita insyaAllah Dia permudahkan jalan. tapi lelaki ni banyak dia kene jaga. tanggungjawab dia pada adik perempuan dia kakak dia mak dia isteri dia. dia kene adil dalam memberi nafkah dan layanan supaya isteri dan ibunya tidak terasa hati.

kalau nak list out memang pakai masa :))

jadinya kita yang teristimewa ni marilah jaga perhiasan kita sebaiknya

" jangan jaga kulit muka je jaga kulit kaki sekali. Ingat, syurga dibawah telapak kaki ibu. "
-Pesan Ustazah Hasni-

tak guna jugak beria iaa Nurul cerita itu ini tapi kesedaran diri masih takde. 

teringat kata kata Wan Azizul Hakim tika sedang belajar syarahan dengan dia

" Apa pun tajuk yang dia bagi the first point is Kesedaran Diri. kalau kerajaan buang duit juta juta untuk jalankan kempen anti-rokok tapi kalau dah takde kesedaran diri tak berkesan jugak "

sebelum tuding jari cermin diri dulu kan. common word. yaa Nurul pun kene cermin jugak. Nurul tau mula mula memang susah nak biasakan tutup aurat dengan sempurna ni. ade je ujian dia kan.

tapi please kita cuba slow slow yea. first, kita tanamkan niat sungguh sungguh nak berubah. berubah sebab siapa ? then kita cuba by step. kalau ibu suruh pergi kedai beli sayur kailan kat kedai Pak Aji depan tuh. mesti malas nak pergi amek socks nak sarung kan. so pakai crocs je lah. tak pun kasut yang tertutup. tak susah nak apply kalau niat tuh dah ade.

bukan penjagaan kaki je nak Nurul tekankan. tapi wangian jugak. pemakaian tudung. tabarruj also. ohh almost all okay. kalau kat rumah pakai shirt pendek then nak pergi sapu sampah kat halaman tuh tak susah pun nak tarik cardigan then sarung. bukan pahala kemas rumah je dapat pahala tutup aurat pun dapat jugak kan pretty :))

" Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak darinya "
AN Nur (24) : 31

* Just remember *

Dunia adalah Perhiasan dan sebaik baik Perhiasan adalah Wanita Solehah

tanyalah rata rata lelaki wanita cane nak dijadikan isteri ? pasti jawapan pertama yang bertudung. yang baik yang sopan yang solehah. mat rempit pun hafal jawapan tuh. ini pengalaman Nurul. Katanya kalau setakat awek awek ni aku mane kesah cemane pun wehh dedah sana sini pun aku tak amek port. tapi kalau bini lah kan aku nak yang bertudung yang bole bawak aku ke syurga.

dorang ni pun pandai memilih kemaain. yang dah terbukak sana sini yang dah dipandang laki laki lain ngak mauu. nak yang bersih suci lagi murni. untuk itu marilah kita sama sama semaicambahkan benih perubahan kita siramsegarkan matlamat utama kita bajasuburkan cahaya wawasan peribadi gemilang karna Wanita Solehah itu dijamin kehidupannya InsyaAllah.


NurulAyuniKhalib


No comments:

Post a Comment